Tragedi Bas: Polis Akan Mohon Perintah Reman Pemandu Bas Untuk Bantu Siasatan – Noor Hisam

LocalPolitics
10 Jun 2025 • 10:48 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata ketika ini pemandu berumur 40 tahun itu masih dirawat, dan sampel darah serta ujian air kencing lelaki tersebut sudahpun dihantar ke Jabatan Kimia untuk tindakan lanjut.

“Sekarang ini dia (pemandu bas) masih menerima rawatan di Hospital Taiping, jadi kita tunggu dulu. Kalau dia sudah discharge, baru kita nak reman dia,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian awal pagi semalam 15 penuntut UPSI maut apabila bas yang dinaiki mereka terbalik dalam kjemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Bas yang disewa khas oleh pelajar itu berlepas dari Jertih, Terengganu pada 9 malam Ahad dan sedang dalam perjalanan ke kampus universiti berkenaan di Tanjung Malim, Perak sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.

Noor Hisam berkata 13 jenazah yang dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh semalam kesemuanya tiba di Masjid Hadhari, Jertih, Terengganu kira-kira 3 pagi tadi.

Sumber: BERNAMA