Tragedi berdarah hari jadi, remaja mengamuk selepas pelawaan s*ks ditolak, tikam 4 kawan dengan pisau sebelum letupkan rumah

30 May 2025 • 8:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

UMUR baru setahun jagung tapi sudah berani menyerang dan membunuh kawan sendiri gara-gara berang pelawaan s*ks ditolak!

Lapor The US Sun, kecoh di Irkutsk, Rusia apabila kebakaran sebuah rumah percutian membongkarkan kematian kejam lima remaja.

Sebelum kejadian, seramai 14 remaja masing-masing berusia 13 hingga 17 tahun dikatakan sedang berpesta sempena sambutan hari jadi.

Nak dijadikan cerita, masing-masing berparti dengan minuman beralkohol untuk meraikan ulang tahun Anastasia Sinota, 15.

Bagaimanapun, keadaan bertukar kecoh apabila Mikhail Paramonov, 17, dikatakan mengamuk selepas seorang gadis berusia 14 tahun menolak pelawaannya.

image is not available

Mikhail yang paling tua menyertai parti itu dikatakan terlalu mabuk dan mula menyerang empat remaja dengan pisau sehingga maut.

Lebih malang, mangsa dikatakan sedang tidur di dalam bilik sebelum didatangi suspek.

image is not available

Mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Polina Markova, 16, Nikolai Malyshev, 13, Vadim Pavlushkin, 14, dan Oybek Bondursky, 14.

Pura-pura mati

Menurut keterangan saksi yang juga mangsa terselamat, Veronika yang mana dia berpura-pura mati selepas ditikam suspek.

image is not available

“Bila saya nampak dia keluar dari bilik, saya terus lari dan minta tolong jiran supaya hubungi polis.”

Nasib baiklah jiran perasan dan membantu remaja lain sebelum membuat panggilan kecemasan.

image is not available

Barangkali panik apabila perbuatan kejamnya kantoi, Mikhail kemudian lari masuk ke dalam rumah semula dan membuka tong gas.

Seorang lagi mangsa, Viktoria sempat melihat perlakuan Mikhail yang menyalakan api dan terus lari sebelum tong gas meletup.

image is not available

Hasil siasatan polis, mereka menemukan lima mayat iaitu empat lelaki dan seorang perempuan di dalam rumah yang hangus terbakar tersebut.

Mikhail yang turut maut dalam kebakaran itu ditemui pihak berkuasa dalam keadaan bogel sambil memegang pisau.

Anastasia yang diraikan pada malam itu juga dilaporkan terselamat daripada tragedi berdarah terbabit.

image is not available

Empat lagi remaja dilaporkan selamat meskipun mengalami kecederaan.

Mereka dikenalpasti sebagai Viktoria ‘Vika’ Vishnyakova, 14, Veronika Rakitneko, 15, Ruslan Fedotov, 14, dan Dmitriy Semyon, 15.

Mangsa masih bersekolah

Merujuk laporan, kebanyakan kanak-kanak itu memberitahu ibu bapa yang mereka bermalam di rumah kawan.

Padahal mereka sebenarnya pergi ke rumah percutian dengan jarak kira-kira 201.17 kilometer dari rumah tanpa pengetahuan penjaga.

image is not available

Kesemua mangsa masih bersekolah kecuali Mikhail yang merupakan bekas ahli gusti yang sudah berhenti belajar.

Pesuruhjaya Kanak-kanak Wilayah, Tatyana Afanasyeva berkata: “Akibat jenayah kejam ni, lima remaja terbunuh, termasuk si penyerang.”

“Empat lagi dimasukkan ke hospital. Tiga remaja sedang terima bantuan psikologi, mereka dalam keadaan trauma yang sangat teruk.

“Seorang remaja telah jalani pembedahan dan mungkin akan dipindahkan ke Irkutsk untuk rawatan lanjut, bergantung pada keadaannya.”

Gabenor Wilayah Irkutsk, Igor Kobzev berkata, salah seorang mangsa cedera parah.

“Remaja yang cedera dibawa ke hospital. Seorang remaja 14 tahun alami luka di leher dan dalam keadaan sangat kritikal.”

Rata-rata rakan yang mengenali Mikhail sangat terkejut dengan tindakan budak lelaki itu yang dianggap seorang yang baik.

image is not available

“Kami tak sangka Mikhail boleh buat macam ni, dia seorang yang suka tolong orang dan suka buat lawak bodoh.

“Cuma lepas tingkatan 4, dia berhenti sekolah sebab tak boleh ikut program pelajaran," ujarnya lagi.