Tragedi Di Kem Hobart, 2 Anggota Tentera Maut Disyaki Akibat Letupan Bom Ketika Latihan

16 Jun 2026 • 3:14 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dua anggota tentera dilaporkan maut dipercayai akibat terkena letupan bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, hari ini.

Seorang anggota lelaki & seorang wanita

Memetik laporan daripada Kosmo!, mangsa yang terdiri daripada seorang anggota lelaki dan seorang anggota wanita dilaporkan berada di lokasi latihan ketika insiden berlaku.

Image from: Tragedi Di Kem Hobart, 2 Anggota Tentera Maut Disyaki Akibat Letupan Bom Ketika Latihan

Difahamkan, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Kejadian itu mencetuskan perhatian ramai susulan melibatkan latihan ketenteraan yang dijalankan di kem berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan pihaknya menerima maklumat pertama mengenai insiden itu pada pukul 12.30 tengah hari.

Image from: Tragedi Di Kem Hobart, 2 Anggota Tentera Maut Disyaki Akibat Letupan Bom Ketika Latihan

Setakat ini, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta keadaan yang membawa kepada letupan berkenaan.

Sumber: Kosmo! (Norlida Akmal Idros)

The post Tragedi Di Kem Hobart, 2 Anggota Tentera Maut Disyaki Akibat Letupan Bom Ketika Latihan appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved