Tragedi Di Sungai Golok: Suami Ditembak 18 Das Depan Isteri Hamil, Dua Sepupu Disyaki Terlibat

2 Nov 2025 • 8:34 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tragedi menyayat hati menimpa seorang wanita hamil apabila suaminya ditembak sebanyak 18 das oleh dua lelaki bersenjata di Kampung Bering, Sungai Golok, Thailand.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 6.40 petang waktu Thailand itu menyaksikan mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali meninggal dunia di tempat kejadian.

“Saya sempat peluk dia lepas dia rebah”

image is not available

Memetik laporan Sinar Harian, isteri mangsa, Wan Fatihah Mat Hussin yang kini sedang mengandung anak sulung masih trauma apabila mengimbas kembali kejadian tersebut.

Katanya, ketika kejadian suaminya sedang memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah.

Dua suspek datang dari arah belakang dan menembak suami menggunakan masing-masing dua pistol. Tembakan demi tembakan dilepaskan ke arah suami. Saya berlari ke arahnya dan sempat memeluk selepas dia rebah.

Wan Fatihah turut menceritakan bahawa kedua-dua suspek tidak berhenti melepaskan tembakan sehingga peluru habis walaupun suaminya sudah terbaring di tanah.

Disyaki ditembak sepupu isteri

image is not available

Ahli keluarga mangsa yang dikenali sebagai Ahmad, memaklumkan bahawa kedua-dua suspek dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan isteri mangsa.

Mereka adalah abang dan adik, dan merupakan sepupu kepada Wan Fatihah. Setakat ini, kami belum tahu sama ada kedua-duanya sudah berjaya ditangkap atau belum

Jenazah Mohd Fuad Fahmie selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Apam, Apam Putra, pada jam 2.30 petang Ahad, disaksikan oleh ibu mangsa, Zaiton Abdul Rahman serta ahli keluarga terdekat.

Pssttt! Semoga keluarga arwah diberikan kekuatan untuk melalui dugaan besar ini, dan semoga keadilan dapat ditegakkan buat Mohd Fuad Fahmie.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Tragedi Di Sungai Golok: Suami Ditembak 18 Das Depan Isteri Hamil, Dua Sepupu Disyaki Terlibat appeared first on Oh! Media.