[Tragedi Elmina] “Heikal Tidak Pernah Lupa Minta Doa Sebelum Penerbangan” – Ibu Juruterbang

19 Aug 2023 • 12:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Utusan, sewaktu bertemu dengan ibu juruterbang yang menjadi mangsa pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam dua hari lalu berkata anaknya tidak pernah lupa minta doa sebelum bertugas.

Kata Noorhizan Mohd Salleh, arwah anaknya, Heikal Aras Abdul Azim, setiap kali sebelum penerbangan, arwah akan bertemunya untuk meminta restu.

Dalam pada itu, Noorhizan memberitahu arwah baru saja pulang dua minggu yang lalu selepas menjalani kursus penerbangan di Amerika Syarikat.

image is not available

Antara lima anak, arwah paling penyabar dan sangat bertanggungjawab selain seorang yang sopan-santun serta peramah.

Tragedi yang berlaku ini sememangnya membuatkan Noorhizan serta suami masih berasa sebak kerana menganggap ia berlaku ‘terlalu awal’.

Sekadar info, jenazah Heikal dijangka kebumi di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, Putrajaya selepas selesai urusan padanan ujian DNA.

image is not available 3 days ago

"Ada 'Air Crash' Dekat Elmina, You Okay?" - Bekas Isteri Tanya Keadaan Tanpa Disangka Bekas Suaminya Mangsa Pesawat Terhempas