
Tragedi “Funfair”, 15 Orang Cedera Karusel Tiba-tiba Terhempas
Sekurang kurangnya 15 orang pengunjung sebuah taman tema di India berdepan detik cemas apabila karusel yang dinaiki terhempas ke tanah. Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Ajmer, wilayah Rajasthan pada Selasa lepas.
Dalam laporan India Today, sekurang-kurangnya 11 orang mengalami kecederaan seperti patah tulang termasuk kanak-kanak dan wanita. Kesemua mereka yang tercedera kemudian dikejarkan ke Hospital JLN untuk rawatan lanjut.
Sumber video daripada salah seorang pengunjung yang merakam detik cemas karusel yang dinaiki jatuh terhempas ke tanah turut menjadi tular di media sosial.
Berdasarakan video yang tular itu, karusel berkenaan pada awalnya dilihat berputar dan beroperasi dengan baik tanpa sebarang masalah.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba ia kelihatan berhenti berputar sebelum jatuh secara tiba-tiba. Semua penumpang dalam karusel berkenaan dilihat sedikit terlambung berpunca daripada hentakan karusel yang terhempas.
Susulan kejadian tersebut, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada orang awam. Pihak polis tiba di lokasi kejadian kemudian memulakan siasatan bagi mencari punca bagaimana karusel berkenaan boleh terhempas secara tiba-tiba.
Namun begitu, polis berdepan dengan kesukaran selepas penganjur taman tema itu dilaporkan melarikan diri selepas kejadian ngeri tersebut berlaku.
Kes ini masih dalam berjalan dan dalam siasatan pihak polis.
A tragic incident has been reported from the Ajmer district of Rajasthan where 11 people were injured when a ride collapsed at a fair on Tuesday. #Ajmer #India #accident #viral #viralvideo #Joyride #carousel #swing pic.twitter.com/d5XXNG64gT
— IndiaToday (@IndiaToday) March 22, 2023
Sumber: India Today
The post Tragedi “Funfair”, 15 Orang Cedera Karusel Tiba-tiba Terhempas appeared first on Siakap Keli.
