Tragedi kapal tentera laut Thailand karam, korban meningkat 21 orang

27 Dec 2022 • 4:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BANGKOK: Dua lagi mayat ditemukan dalam tragedi kapal perang Thailand karam ketika ribut di Teluk Thailand pada 18 Dis.

Setakat 11.30 pagi (waktu tempatan) pada Selasa, Tentera Laut Thailand telah menemukan 21 mayat kelasi yang hilang.

Jurucakap Tentera Laut Pogkrong Montradpalin berkata operasi mencari lapan lagi kelasi yang hilang masih diteruskan.

“Pagi ini kami menemukan dua mayat lagi. Proses bedah siasat dan pengecaman akan mengambil masa kira-kira tiga atau empat hari,” katanya.

Pada 18 Dis, kapal HTMS Sukhothai yang membawa 105 kelasi mengalami kerosakan enjin sebelum karam di 20 batu nautika dari wilayah Prachuap Khiri Khan kira-kira 11.30 malam (waktu tempatan) pada 18 Dis.

Sementara itu, Tentera Laut berikrar untuk menjalankan siasatan terperinci dan memberikan penjelasan penuh mengenai tragedi itu tidak lama lagi.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved