Tragedi kenderaan dihempap pokok tumbang: Ketua Pemuda UMNO Maran, tiga ahli keluarga maut

LocalPolitics
3 Aug 2026 • 6:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tragedi kenderaan dihempap pokok tumbang: Ketua Pemuda UMNO Maran, tiga ahli keluarga maut
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Mohd Radzi Rahim bersama keluarga. Gambar kanan: Kenderaan dinaiki mereka dihempap pokok tumbang
Image from: Tragedi kenderaan dihempap pokok tumbang: Ketua Pemuda UMNO Maran, tiga ahli keluarga maut
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Mohd Radzi Rahimi antara empat mangsa yang maut dalam kejadian kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap pokok tumbang
Image from: Tragedi kenderaan dihempap pokok tumbang: Ketua Pemuda UMNO Maran, tiga ahli keluarga maut
Keadaan kenderaan yang dihempap pokok tumbang di Jalan Bentong Lama.

KUANTAN - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Mohd Radzi Rahimi antara empat mangsa yang maut dalam kejadian kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Lama Bentong, Bentong pada Isnin.

Turut maut, isterinya, Nuriani Mohammad Jafri, 36, seorang daripada anak kembar mereka yang berusia lima tahun, Muhammad Rizz Hazim dan adik ipar, Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35.

Seorang lagi anak kembar Mohd Radzi dilaporkan parah dan kini dirawat di Hospital Bentong

Berita duka itu dikongsikan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah menerusi satu hantaran di Facebooknya.

"Salam Takziah. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

"Amat dukacita menerima perkhabaran pemergian Allahyarham Edy, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, bersama isteri, anak serta adik iparnya yang terkorban dalam satu kemalangan di Bentong.

"Semoga ALLAH SWT mengampunkan segala dosa mereka, melimpahkan rahmat-Nya serta menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman," ujarnya.

**media[3604210]**

Dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, empat termasuk seorang kanak-kanak maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Raptor dinaiki dihempap pokok tumbang di lokasi.

Mangsa yang maut terdiri pemandu kenderaan jenis Ford Raptor berusia 35 tahun, wanita berusia 36 tahun bersama kanak-kanak lelaki, 5 tahun yang dipangku serta lelaki berusia 40 tahun yang berada di bahagian penumpang.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dipercayai pasangan kembar kanak-kanak yang maut mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

**media[3604259]**

Semua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk proses bedah siasat.

Dalam hantarannya itu, Haris Salleh mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga.

"Semoga dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini," ucapnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved