
LAHAD DATU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan sumbangan kepada tiga keluarga dalam kejadian kepala air di Lembah Mak Sina.
Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Razlan Muhamad Rafii ketika melawat rumah mangsa di Kampung Batu II, Kampung Jawa dan Kampung Tamoi.
Semasa lawatannya ke Lahad Datu pada Khamis, Razlan berharap sumbangan itu dapat meringankan beban keluarga yang kehilangan ahli keluarga tercinta.
