Tragedi Kontena Terbalik: Pemandu Lori Direman 4 Hari, Sempat Beri ‘Peace’ Di Mahkamah

LocalPolitics
14 Nov 2024 • 12:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kontena

Seorang pemandu lori kontena berusia 51 tahun ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan membuat keputusan tersebut selepas suspek dibawa ke mahkamah pagi ini.

Pemandu lori kontena direman 4 hari

image is not available
Foto: Harian Metro (Danial Saad)

Memetik laporan Berita Harian, suspek yang diiringi anggota polis tiba kira-kira jam 8.20 pagi dan sempat menunjukkan tanda ‘peace’ kepada media.

Terdahulu, seorang wanita berusia 21 tahun maut selepas kontena dari sebuah treler terjatuh dan menghempap beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Bukit Tengah, Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Wanita maut dalam perjalanan ke tempat kerja maut

image is not available

Tragedi yang berlaku sekitar jam 9.15 pagi ini turut mengakibatkan seorang lelaki berusia 25 tahun cedera dan kini sedang dirawat di Hospital Bukit Mertajam (HBM).

Rakaman mengenai insiden tersebar di media sosial menunjukkan detik-detik cemas kontena terjatuh ketika membelok lalu menghempap beberapa kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Mangsa yang maut difahamkan sedang dalam perjalanan ke tempat kerja ketika kejadian berlaku.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian | Harian Metro