Tragedi Nahas Udara Double Six Di Sabah, Kabinet Setuju Deklasifikasi Laporan Akhir Siasatan

5 Apr 2023 • 3:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Keputusan ini dibuat 47 tahun selepas tragedi itu berlaku

Tragedi Nahas Udara Double Six Di Sabah, Kabinet Setuju Deklasifikasi Laporan Akhir Siasatan. Dilaporkan kerajaan akan menyahklasifikasikan laporan akhir siasatan nahas udara membabitkan pesawat Sabah Air, 47 tahun selepas tragedi itu berlaku.

Tragedi yang dipanggil Double Six, berlaku pada 6 Jun 1976 dan mengorbankan ramai pemimpin utama Sabah ketika itu.

image is not available
Tragedi Nahas Udara Double Six Di Sabah, Kabinet Setuju Deklasifikasi Laporan Akhir Siasatan

Laporan penuh mengenai nahas udara ini akan dikeluarkan tidak lama lagi

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengumumkan bahawa Kerajaan akan membuka semula laporan akhir siasatan nahas udara yang melibatkan pesawat Sabah Air pada 6 Jun 1976.

Menurut beliau, laporan penuh mengenai nahas udara ini akan dikeluarkan kepada umum minggu depan. Difahamkan sebelum ini, kerajaan tidak mendedahkan laporan tersebut di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972.

Namun, setelah mendengar pandangan rakyat Sabah selama bertahun-tahun dan tuntutan dari waris mangsa serta sesuai dengan dasar keterbukaan Kerajaan Perpaduan, kerajaan akhirnya memutuskan untuk membuka semula laporan terbabit.

Di samping itu, Anwar percaya bahawa penemuan fakta yang berkaitan dengan tragedi nahas ini harus diketahui oleh keluarga, negeri, dan orang awam, dan tidak boleh disimpan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Tragedi yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah pertama

Tragedi nahas ini yang dikenali sebagai ‘Double Six’ telah diingati untuk menyebabkan kematian Ketua Menteri Sabah pertama, Tun Mohammad Fuad Stephens, beserta beberapa anggota kabinet negeri dan anggota krew pesawat.

Fuad sendiri merupakan Ketua Menteri Sabah buat kali kedua pada masa itu, dan telah membentuk kerajaan negeri pada tahun 1976.

image is not available
Kredit: The Star

Pesawat GAF Nomad yang dinaiki oleh mereka dilaporkan terhempas di perairan Sembulan semasa dalam perjalanan dari Labuan ke Kota Kinabalu. Fuad telah berkhidmat selama 44 hari pada masa kematian beliau.

image is not available
Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama, terkorban dalam nahas tragedi itu.

Sejak itu, tragedi ini telah menimbulkan banyak persoalan dan keresahan di kalangan rakyat selamat 47 tahun. Dengan keputusan untuk mengeluarkan laporan penuh siasatan oleh Kementerian Pengangkutan, ia diharap persoalan yang diajukan oleh ramai pihak yang terkesan akhirnya terjawab.

Baca lagi tentang nahas pesawat yang pernah berlaku sebelum ini: