Tragedi Penuntut IKBN: Tukar Pemandu Dipercayai Punca Nahas

6 Jun 2025 • 4:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tragedi Penuntut IKBN: Tukar Pemandu Dipercayai Punca Nahas

ALOR SETAR — Tukar pemandu di lorong kecemasan dipercayai menjadi punca dalam kemalangan yang meragut nyawa tiga penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra di Kilometer 49.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dari Alor Setar, semalam, lapor Astro AWANI

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata demikian selepas keterangan diambil ke atas pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra, berdasarkan siasatan awal.

Tambahnya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sekiranya kertas siasatan lengkap hari ini, pemandu lelaki berusia 43 tahun itu akan dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tiga pelajar IKBN Jitra dikenali sebagai Muhamad Habil Mohd Sobri dari Gurun, Muhammad Fahmi Jam dari Jeniang, Sik dan Muhamad Arif Aifan Derani dari Bukit Selambau, Sungai Petani maut di tempat kejadian dalam kejadian nahas pada Khamis.

Seorang lagi mangsa, Muhammad Adib Aiman Mohamad Hasan, 19, yang membonceng salah sebuah motosikal, mengalami cedera parah di kaki.

Mangsa kini dirawat di Zon Kuning Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Keadaannya dilaporkan stabil.

Sumber: Astro AWANI