Tragedi raja sehari, 100 maut, 150 cedera kebakaran di majlis perkahwinan

27 Sep 2023 • 9:40 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

MAJLIS yang meriah bagi meraikan raja sehari bertukar tragedi di Iraq apabila 100 maut manakala 150 cedera dalam kebakaran.

Majlis perkahwinan yang berlangsung di daerah Hamdaniya di wilayah Nineveh itu bertukar menjadi lokasi kebakaran dahsyat angkara bunga api.

image is not available
Kredit foto: Ava Media via X @SardarSattar

Pasukan keselamatan awam tempatan yang dipetik sebagai berkata, tragedi kebakaran tersebut berlaku selepas bunga api dinyalakan ketika sambutan majlis berkenaan di sebuah dewan acara besar, Al Haytham Wedding Hall.

Sementara itu, rakaman video oleh wartawan Reuters di lokasi kebakaran itu menunjukkan anggota bomba memanjat bangunan yang hangus untuk mencari mangsa yang terselamat.

image is not available

Siasatan awal menunjukkan bangunan itu diperbuat daripada bahan binaan yang sangat mudah terbakar.

Saksi berkata beratus-ratus orang berada di sana meraikan perkahwinan apabila bangunan itu terbakar pada kira-kira jam 10.45 malam waktu tempatan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!