Tragedi Subang Jaya: Polis Dedah Suspek Kemungkinan Dikenali Mangsa

LocalPolitics
18 Aug 2025 • 12:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia kes Gantung Subang Jaya

Subang Jaya digemparkan dengan penemuan mayat seorang pelajar kolej wanita yang ditemui tergantung pada kipas siling di rumah keluarganya di USJ 2/1.

Memetik laporan Sinar Harian, insiden tragis ini berlaku pada Khamis lalu dan kini disiasat sebagai kes bunuh.

Mayat ditemui tergantung di kipas

image is not available

Mangsa yang berusia lingkungan 20-an ditemui bapanya dalam keadaan tergantung sekitar jam 11.55 pagi sebelum pihak polis dihubungi.

Hasil bedah siasat mendedahkan punca kematian akibat pendarahan di sekitar tulang hyoid dengan kesan kecederaan pada otot dan tulang akibat cekikan manual.

Punca kematian mangsa adalah pendarahan di sekeliling tulang leher (hyoid bone). Pakar patologi juga mendapati kecederaan yang terjadi pada otot dan tulang mangsa adalah akibat ‘manual strangulation’ (cekik).

Polis siasat motif dan suspek

image is not available

Dalam perkembangan terkini, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan pihaknya telah mengambil 12 keterangan setakat ini.

Motif kejadian masih dalam siasatan dan berkemungkinan suspek ialah individu yang dikenali mangsa. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa berada di rumah seorang diri walaupun tinggal bersama kakak dan sepupunya.

Hasil siasatan di tempat kejadian juga mendapati tiada kehilangan harta benda dilaporkan. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pssttt! Kes ini cukup meruntun hati, apatah lagi melibatkan seorang pelajar muda yang sepatutnya sedang mengejar masa depan. Oh! Media berharap agar pihak berkuasa dapat segera merungkai misteri ini dan membawa keadilan buat keluarga mangsa.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.