
Tragedi Sungai Korok: Anak Sulung Mangsa Sebak Ketika Tiba Di Forensik
Kehilangan insan yang menjadi ‘warna’ dalam kehidupan sudah tentunya meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup seseorang, terutamanya ahli keluarga.
Setiap perasaan yang terhimpit dalam hati tidak mampu diluahkan dengan kata-kata, melihat insan tersayang pergi buat selama-lamanya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah ungkapan yang mampu digambarkan mengenai anak sulung mangsa kemalangan di Sungai Korok, Jitra yang mengorbankan enam sekeluarga semalam.
Menerusi perkongsian video seorang pengguna TikTok @aidaahmadk, memaparkan Putri Qisya Nur Izzat,12, tidak dapat menahan sebak sewaktu tiba di Jabatan Forensik.
“Sampai di forensik, Qisya peluk ibu dengan rintihan, ‘Ibu, kenapa umi tak bawak Qisya. Umi janji kalau umi nak pi umi akan bawa semua anak umi. Kenapa umi tinggai kakak sorang-sorang.
“Allahhuakbar anak..
“Ketat dada ibu . Qisya sayang, Qisya anak sulung umi yang menyaksikan semua perjuangan umi. Harini, Allah angkat darjat umi walid sampai satu Malaysia doakan depa Syurga.
“Hebatnya umi walid, waktu hayat depa orang tak kenai depa, tapi akhir usia depa seluruh pelusuk alam Allah ni mendoakan depa. Qisya anak hebat, Allah hantaq satu Malaysia doakan Qisya supaya jadi anak kuat & hebat.
“Percaya la cakap ibu, Qisya akan jadi orang hebat nanti. Allah simpan Qisya di dunia, untuk jadi anak paling hebat yang menghantar doa dan amalan baik untuk umi walid. Ibu janji, macam mana ibu ada selama 20 tahun ni setiap kali umi cari dan perlu ibu, macam tu jugak ibu akan sentiasa ada untuk Qisya anak ibu,” tulis kapsyen pada ruangan video.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tidak dapat menahan sebak melihat klip berkenaan, dengan sebahagiannya mendoakan anak sulung mangsa kuat menjalani ujian yang menimpanya.
“Allahu Akbar.. mampu nak kata ape. Ujian kamu hebat. Kamu pasti anak hebat adik Qisya. Allah tahu kamu mampu hadapinya. Doa kami ada untuk kamu,” komen seorang pengguna.
“Semoga anakanda Qisya akan terus kuat, tabah dengan setiap dugaan yang datang. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu, dipermudahkan segala urusan, dikelilingi insan-insan mulia dan semoga kamu sentiasa dalam rahmat Allah swt.Salam takziah. Al Fatihah,” komen seorang pengguna.
Pada Isnin, mayat enam sekeluarga yang dipercayai hilang sejak Sabtu lepas, ditemukan di dalam sebuah kereta di dalam Sungai Korok, dekat Jitra.
Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata mayat terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, tiga kanak-kanak dan seorang bayi.
@aidaahmadk Sampai di forensik, Qisya peluk ibu dengan rintihan, “Ibu, kenapa umi takbawak Qisya. umi janji kalau umi nakpi umi akan bwk semua anak umi. knp umi tinggai kakak sorang2”. Allahuakbar anakkk Ketat dada ibu . Qisya syg, Qisya anak sulung umi yg menyaksikan semua perjuangan umi. Harini, Allah angkat darjat umi walid sampai satu Malaysia doakan depa Syurga. Hebatnya umi walid, waktu hayat depa org takkenai depa, tapi akhir usia depa seluruh pelusuk alam Allah ni mendoakan depa. Qisya anak hebat, Allah hantaq satu Malaysia doakan Qisya supaya jadi anak kuat & hebat . Percaya la cakap ibu, Qisya akan jadi org hebat nanti . Allah simpan Qisya di dunia, utk jadi anak paling hebat yg menghantar doa & amalan baik utk umi walid . Ibu janji, mcmana ibu ada selama 20tahun ni setiap kali umi cari & perlu ibu , mcm tu jgk ibu akan sentiasa ada utk Qisya anak ibu #SyahidLemasEnamSekeluarga
Sumber: TikTok @aidaahmadk
The post Tragedi Sungai Korok: Anak Sulung Mangsa Sebak Ketika Tiba Di Forensik appeared first on Siakap Keli.


