Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali - "Lesen Diberi Untuk Buat Kebun Organik, Bukan Tapak Khemah!"

16 Dec 2022 • 5:13 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Lagi perkembangan mengenai kes kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.

Terbaharu dilaporkan bahawa syarikat yang mengendalikan 3 tapak perkhemahan yang mengalami kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya sebenarnya TIDAK MEMPUNYAI LESEN untuk beroperasi.

Menurut Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming -- syarikat tersebut hanya diberikan lesen pembangunan kebun organik dan bukan lesen untuk melakukan aktiviti perkhemahan.

image is not available

PEMILIK TAPAK PERKHEMAHAN TIDAK PERNAH MEMOHON UNTUK AKTIVITI 'CAMP SITE'

"Tiada lesen diberikan oleh Majlis Bandaraya Hulu Selangor dan ini adalah satu kesalahan di bawah Akta 113 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara tiga tahun dan denda RM50,000.

"Syarikat itu hanya ada kebenaran merancang bangunkan kebun organik dan tiada permohonan dibuat untuk aktiviti perkhemahan," katanya dalam kepada pemberita di lokasi kejadian, pada Jumaat.

image is not available

image is not available

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, beliau telah mengeluarkan arahan penutupan tapak perkhemahan selama 7 hari di seluruh negara.

"Arahan telah dikeluarkan pagi tadi kepada 155 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menutup seluruh tapak perkhemahan selama tujuh hari berkuat-kuasa serta merta.

"Saya tidak mahu lagi melihat kejadian ini berlaku jadi tapak perkhemahan di air terjun, lereng bukit dan kawasan berisko akan dikosongkan sehingga Kerajaan berikan arahan baharu," ujarnya.

image is not available

image is not available