Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali OIC Rakam Ucapan Takziah

21 Dec 2022 • 12:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Malaysia dan rakyatnya susulan insiden tanah runtuh di Gohtong Jaya, Batang Kali - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Selasa merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Malaysia dan rakyatnya susulan insiden tanah runtuh di Gohtong Jaya, Batang Kali.

Ucapan takziah itu disampaikan Setiausaha Agungnya Hissein Brahim Taha melalui akaun Twitter OIC.

Beliau menyuarakan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan semoga keluarga mangsa dikurniakan ketabahan.

Setakat semalam seramai 25 mangsa disahkan terkorban dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm itu.

Kejadian berlaku pada 2.42 pagi  Jumaat (16 Dis) dan seramai 61 orang terselamat manakala lapan lagi masih hilang. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved