Tragedi UPSI: Pemandu Bas Dinasihatkan Bersabar!

LocalPolitics
11 Jun 2025 • 2:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Pemandu Bas

Hangat diperkatakan di media sosial mengenai nahas menyayat hati yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik baru-baru ini.

Terbaru! Menurut laporan Kosmo, pihak polis menasihatkan pemandu bas terbabit agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka buat masa ini.

Polis minta pemandu bas diam dulu, biar siasatan jalan

image is not available

Kenyataan awal yang dibuat secara terbuka boleh mengganggu siasatan dan timbulkan spekulasi liar dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin.

Kalau boleh, bersabarlah sedikit. Tunggu kenyataan direkodkan terlebih dahulu, lepas tu barulah boleh bercakap.

Isu brek gagal, masih dalam siasatan

image is not available

Terdahulu, pemandu bas berusia 39 tahun itu mendakwa masalah teknikal, termasuk brek gagal berfungsi, menyebabkan bas hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli.

Namun, Noor Hisam menjelaskan, dakwaan tersebut hanya boleh disahkan selepas siasatan teknikal penuh dilakukan oleh agensi berkaitan.

Jangan buat kesimpulan awal. Kita tunggu siasatan terhadap kenderaan.

Pssttt! Ketika tragedi melanda, penting untuk kita beri ruang kepada siasatan dijalankan dengan telus dan tenang. Elak keluarkan kenyataan terburu-buru, biar kebenaran didedahkan dengan fakta, bukan emosi.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.