Tragis, 2 kanak-kanak maut, seorang parah dicampak dari ‘flyover’ setinggi 20 meter, berikut 8 fakta kejadian

2 Aug 2022 • 6:56 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KANAK-kanak berhak disayangi dan diberi perhatian. Ibu bapa dan orang di sekeliling berperanan memastikan keselamatan anak kecil walau di mana sahaja mereka berada.

Ironinya, apa yang berlaku ibarat harapkan pagar, pagar makan padi.

Seramai tiga kanak-kanak menjadi mangsa apabila dua daripada mereka maut manakala seorang lagi parah selepas dicampak seorang lelaki dipercayai bapa mereka dari jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berketinggian 20 meter.

image is not available

Berikut lapan fakta berkaitan kejadian menyayat hati itu.

 

1-Berdasarkan kenyataan saksi, seorang lelaki berusia 38 tahun dilihat berjalan sambil mengendong seorang kanak-kanak manakala dua lagi kanak-kanak dipegang di tangan kanan dan kirinya.

2-Saksi cuba menghampiri lelaki berkenaan namun secara tiba-tiba lelaki itu terus mencampakkan kanak-kanak yang dikendong dan dipimpinnya dari jejambat MRR2.

3-Lelaki berkenaan turut terjatuh dari jejambat terbabit.

4-Dalam kejadian 5.50 pagi itu, semua mangsa ditemui di tepi jalan raya berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya, Kepong.

5-Lelaki dan dua kanak-kanak Myanmar berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

image is not available

6-Mangsa didapati mengalami kecederaan dalaman di perut dan juga keretakan pada rusuk kirinya.

7-Manakala seorang lagi mangsa kanak-kanak yang parah dibawa ke Hospital Selayang.

8-Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta tampil memberikan keterangan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten Superintendan GS Baldev Singh di talian 012-480 6062 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482222.

image is not available

Tanpa mengira bangsa dan agama, tidak sanggup rasanya mendengar kekerasan dilakukan kepada kanak-kanak. Diharapkan kes ini dapat dirungkai segera.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.