Tragis! Balik sekolah kanak-kanak perempuan maut digilis treler, naik motor dengan pengasuh, kronologinya menyayat hati

22 Mar 2023 • 6:52 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Tragis! Balik sekolah kanak-kanak perempuan maut digilis treler, naik motor dengan pengasuh, kronologinya menyayat hati

PILUNYA membayangkan situasi kehilangan keluarga kanak-kanak ini. Baharu hari kedua sesi persekolahan 2023/2024, kanak-kanak perempuan di Klang, Selangor kehilangan nyawa selepas diremuh dan digilis treler manakala adik lelakinya selamat.

Tragedi minggu pertama persekolahan itu mengundang sebak warganet yang rata-rata pilu dan sedih.

– “ALLAHU, apa perasaan ibu bapa anak-anak. Kasihan pengasuh juga.”

– “Sedih betul tengok adik ni, syurga tempatmu wahai anak.”

– “Port Klang memag kawasan seram. Kalau pergi balik kerja tu mengucap je. Lori macam masuk litar lumba. Salam takziah pada keluarga adik ni.”

– “Sayunya, sehari sebelum Ramadan. Moga keluarga tabah mengahadapi ujian dan dipermudahkan segala urusan.”

image is not available

Berikut adalah kronologi kejadian yang menyayat hati:

1-Kejadian yang berlaku di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang itu berlaku selepas dua beradik itu dijemput pengasuh dari sekolah.

2-Kedua-dua mereka menaiki motosikal bersama pengasuh berusia 54 tahun sebe

3-Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 11.25 pagi.

4-Pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan, manakala kanak-kanak perempuan tersebut maut di lokasi kejadian.

5-Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.

Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi, salam takziah SinarPlus ucapkan buat keluarga mangsa.

7 INFO TITIK BUTA KENDERAAN BERAT

image is not available

  • Titik buta atau blind spot merupakan kawasan sekeliling kenderaan yang tidak dapat dilihat secara langsung oleh pemandu.
  • Ia merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya.
  • Setiap kenderaan mempunyai kawasan titik buta tersendiri yang mana pemandunya tidak dapat melihat kenderaan lain yang mengekori terlalu rapat ataupun sedang memotong.
  • Ini disebabkan oleh reka bentuk kenderaan tersebut dan penglihatan pemandu yang terbatas.
  • Titik buta bagi kenderaan berat seperti lori, bas, dan juga treler adalah sangat besar.
  • Pemandu lori misalnya tidak dapat melihat kenderaan yang berada 10 meter di belakangnya.
  • Sebelum menukar lorong, pemandunya perlu menoleh sedikit ke sebelah kiri atau kanan bagi memastikan bahawa tiada kenderaan lain berhampiran ketika menukar lorong atau memasuki persimpangan jalan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.