Tragis, Lelaki Maut Termasuk Dalam Kipas Pesawat

21 Oct 2022 • 2:15 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hari bahagia bertukar ngeri apabila seorang siswa lelaki di US terbunuh selepas termasuk ke dalam kipas pesawat yang membawanya untuk makan malam dalam satu janji temu bersama pasangannya baru-baru ini, lapor Daily Mail.

Difahamkan lelaki itu menaiki pesawat kerana mempunyai janji temu yang dirancang bersama pasangannya dengan bantuan juruterbang dalam perjalanan sejauh 58 batu dari Statesboro ke Savannah.

Kejadian berlaku apabila lelaki berusia 21 tahun itu turun dari pesawat di Lapangan Terbang Statesboro-Bulloch dan menuju ke bahagian hadapan sebelum dia dilanggar dua kali oleh kipas pesawat di belakang kepala.

Ketua Daerah Bulloch Jake Futch mendedahkan siswa itu akhirnya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

image is not available
Gambar: Daily Mail

“Mereka terbang ke Savannah untuk pergi janji temu, dan setelah selesai pesawat kembali mendarat.

“Kawan perempuannya turun dan pergi ke arah belakang pesawat tetapi dia turun dari kapal terbang dan berjalan ke arah hadapan pesawat dan kipas itu terkena kepalanya,” katanya.

Insiden ngeri itu turut disampaikan kepada Pengurus Komunikasi Melanie Simon yang merupakan dekan pelajar tersebut di universiti.

“Kami sangat sedih mendengar tentang insiden tragis yang melibatkan salah seorang pelajar kami pada malam Ahad.

“Saya telah pun berhubung dengan keluarga dan profesornya dan kami menggunakan pelbagai keperluan yang ada untuk membantu memberikan kaunseling dan bantuan lain kepada keluarga mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Kapten Todd Hutchens berkata polis bertindak balas pada malam Ahad untuk mengumpul maklumat dan butiran diserahkan kepada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan.

“Tiada siapa yang benar-benar bersalah, ia adalah kemalangan jadi kami hanya perlu menyampaikan semua maklumat kami kepada mereka,” katanya menerangkan mengenai perkara itu.

Sumber: Daily Mail