“Tragis”- Mayat Pasangan Suami Isteri Ditemui Di Ruang Tamu, Dipercayai Dibunuh Ahli Keluarga Sendiri

7 Jul 2022 • 3:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sepasang suami isteri ditemui mati dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Taman Bercham Aman, Ipoh.

Menerusi laporan Sinar Harian, mangsa dipercayai telah dibunuh oleh ahli keluarga sendiri dalam kejadian tragis tersebut.

Selain itu, kedua-dua mangsa dikatakan berusia lingkungan 40-an dan telah ditemui meninggal dunia di ruang tamu rumah berkenaan.

image is not available

Sumber : Sinar Harian 

Walau bagaimanapun, setakat jam 11.50 pagi, polis masih lagi melakukan siasatan lanjut di tempat kejadian dan kedua-dua mangsa masih lagi belum dibawa keluar.

Setakat ini, identiti mangsa dan niat si pelaku masih lagi belum diketahui dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Anuar Othman turut berada di lokasi kejadian untuk membuat siasatan.

image is not available 4 hari lalu

Lelaki 'Ride' Tanpa Seurat Benang Ditangkap Polis, Didakwa Terlibat Kes Bunuh Anak & Isteri Baru Habis Pantang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved