
Mangsa telah dibunuh kejam dan ditemui dalam tong sampah
Tragis, Mayat Wanita Tanpa Kepala, Kaki Dan Tangan Ditemui Dalam Tong Sampah. Gempar penemuan mayat seorang wanita yang telah dibunuh kejam ditemui dalam tong sampah dan dibuang ke dalam longkang di Kampung Rimau, Pulau Sebang pada minggu lalu di Alor Gajah.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supritendan Arshad Abu, lebih tragis apabila bahagian kepala, tangan dan kaki mayat wanita yang dianggarkan berusia 20 hingga 30 an itu tidak berada di lokasi dan dipercayai telah dipotong.

Mayat ditemu dalam keadaan tidak sempurna
Dilaporkan, siasatan di tempat kejadian telah menemui satu mayat disyaki perempuan yang tidak cukup anggota badan yang di percayai telah di potong kepala dan kedua-dua tangan serta kedua-dua kakinya.
Pada awalnya, pihak polis telah menerima maklumat awam pada 31 Disember lalu sebelum mayat ditemui dalam keadaan tanpa pakaian dan hanya beralaskan kain merah, katanya dalam kenyataan di sini.
Ujar beliau lagi, kes ini diklasifikasikan sebagai bunuh dan mayat wanita itu telah dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang hilang keluarga terdekat diminta hubungi polis
Dalam masa yang sama, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga terdekat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat.
Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 065562222 atau Pegawai Penyiasat Kanan Deputi Supritendan Ali Hanafiah Hashim di nombor 019-9536277.

