Tragis! Pemuda diliwat ketika cari kerja di kedai perabot

LocalPolitics
7 Aug 2024 • 5:15 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Hasrat seorang pemuda mencari kerja bertukar tragedi apabila dia diliwat seorang jurujual warga Pakistan di sebuah kedai perabot di Taman Tanjung Minyak Setia, Melaka, semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi ketika mangsa berusia 22 tahun datang ke kedai perabot terbabit untuk mencari pekerjaan.

Menurutnya, mangsa kemudiannya diajak suspek naik ke bahagian atas kedai untuk diperkenalkan dengan ‘pengurus kedai’.

“Sebaik sampai di bahagian atas kedai, mangsa mendapati tiada orang lain dan hanya menjadi tempat simpanan perabot.

“Secara tiba-tiba, suspek menarik tangan mangsa secara paksa dan mengheretnya masuk ke dalam sebuah bilik kecil yang terdapat di bahagian atas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainol berkata, semasa di dalam bilik tersebut, suspek membuka seluar mangsa secara paksa sebelum meliwatnya.

Katanya, mangsa yang baru menamatkan pengajian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cuba melepaskan diri tetapi dihalang oleh suspek.

“Selepas beberapa minit, mangsa cuba melepaskan diri tetapi suspek menahannya. Namun dia menjerit dan berjaya melarikan diri," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek berusia 36 tahun itu berjaya ditahan di kedai perabot terbabit pada jam 6.30 petang semalam.

Katanya, ujian saringan awal air kencing ke atas suspek adalah negatif.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan," katanya. - 7 Ogos, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved