Trail Mudah Dan Santai, Terokai Keindahan Senah Rayang Waterfall Di Padawan

8 Feb 2023 • 4:56 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Waterfall ini terletak di Kampung Senah Rayang.

Trail Mudah Dan Santai, Terokai Keindahan Senah Rayang Waterfall Di Padawan. Nak pergi hiking tapi tak ada stamina yang kuat untuk mendaki? Jangan risau kami ada jalan penyelesaian buat anda!

Untuk artikel kali ini kami ingin berkongsi satu port air terjun yang sungguh indah dengan trail yang amat mudah untuk anda.

image is not available
Trail Mudah Dan Santai, Terokai Keindahan Senah Rayang Waterfall Di Padawan. Kredit foto: Ismail Bin Roslan

Waterfall hidden gem

Air terjun menawan ini terletak di Kampung Senah Rayang di Padawan dan ia adalah salah satu waterfall hidden gem yang terdapat di sini. Padawan sememangnya terkenal dikalangan para pencinta alam smula jadi di luar sana kerana ia adalah slah satu port waterfall hunting di Sarawak.

Dalam perkongsian Ismail Bin Roslan di Facebook, dia menceritakan perjalanannya sampai ke Senah Rayang Waterfall ini. Mengambil masa pemanduan selama 2 jam dari Kuching, sampai sahaja anda ke Kampung Senah Rayang ini anda akan boleh melihat pemandangan kampung yang berlatarbelakangkan Gunung Sepadang.

image is not available
Kredit foto: Ismail Bin Roslan

image is not available
Kredit foto: Ismail Bin Roslan

Trail singkat dengan jarak 1 kilometer sahaja

Untuk ke Air Terjun Senah Rayang, anda perlu melalui trail yang singkat iaitu hanya 1 kilometer dan mengambil masa dalam 30-40 minit (kalau anda pantas anda boleh sampai dalam masa yang lebih singkat). Bayaran masuk untuk ke Senah Rayang Waterfall ini hanya RM 8 sahaja.

Sampainya di air terjun ini, anda boleh bermandi manda, berkelah dan mengambil ootd nature yang Instagram worthy.

Jadi buat anda yang ingin ke sini, jangan lupa rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Tak jauh dari bandar Kuching, Senah Rayang Waterfall ini sememangnya port sesuai untuk sesiapa yang ingin mencarikan ketenangan sambil dikelilingi dengan keindahan alam.

Jika anda ingin mencari port hiking menarik yang terkini di Sarawak, anda juga boleh singgah ke Facebook Ismail Bin Roslan!

Lagi port air terjun menarik untuk anda terokai di sini:

View Original Article