Trailer GTA 6 Dapat Hampir 100 Juta Tontonan Di YouTube Dalam Masa Satu Hari

Gaming
6 Dec 2023 • 1:45 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Peminat permainan video pastinya teruja dengan kemunculan trailer pertama permainan video terkenal iaitu Grand Theft Auto (GTA) 6 di saluran Youtube Rockstar Games kelmarin.

Peminat nampak begitu teruja

Menerusi muat naik tersebut, trailer berkenaan telah ditonton hampir 100 juta viewers di saluran YouTube tersebut dalam masa beberapa hari sahaja.

GTA 6 sedang trending di YouTube

Selain dari mendapat tontonan yang tinggi di YouTube, Trailer berkenaan juga sedang trending di aplikasi berkenaan.

Difahamkan, keterujaan peminat permainan video tersebut pastinya dirasai memadangkan sudah lebih sedekad menantikan kemunculan versi terbaru permainan tersebut.

image is not available

Ada watak wanita jadi dalam GTA 6 diawal trailer

Dapat dilihat yang latar belakang permainan video terbabit dimulai dengan pemandangan Vice City dan penampilan wanita watak protogonis dalam siri berkenaan dikenali sebagai, Lucia yang berada di dalam penjara.

image is not available

Walau bagaimanapun, para peminat permainan video berkenaan perlu menunggu trailer seterusnya bagi mengetahui penceritaan penuh atau menanti ia dilancarkan nanti.

Menurut laporan The Verge, pihak Rockstar Games tidak menyatakan bila tarikh trailer berikutnya akan dikongsikan kepada umum.

Namun begitu, GTA 6 dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 2025 nanti untuk platform PS5 dan Xbox Series S|X. Tetapi buat masa ini tiada sebarang pengumuman sama ada pelancaran tersebut turut melibatkan GTA 6 versi PC.

Sumber: YouTube Rockstar Games, The Verge