Trak jualan murah di Jelajah Selangor Penyayang Klang hujung minggu ini

19 Oct 2022 • 11:04 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 19 OKT: Program jualan murah menerusi Trak Jelajah Ehsan Rakyat (JER) akan berada di Karnival Jelajah Selangor Penyayang Klang hujung minggu ini.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan program diadakan di Stadium Sultan Suleiman bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

“Jom warga Klang. Trak JER akan turut memeriahkan Jelajah @selangorpenyayang pada Sabtu & Ahad ini,” katanya menerusi Facebook.

Program Jelajah Ehsan Rakyat bermula 6 September sehingga 6 Disember ini menawarkan jualan barangan makanan pada harga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

Produk dijual meliputi ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur (RM10 sepapan), ikan kembung atau selayang (RM6 per pek) minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan https://linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

image is not available