Trak Pikap Hilux Champ Wakili Toyota GR Thailand Dalam Perlumbaan Thailand Super Pickup

LocalCars
4 Nov 2024 • 8:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Toyota Gazoo Racing Thailand (TGR Thailand) baru-baru ini telah memperlihatkan Hilux Champ versi perlumbaan. Model yang turut dikenali sebagai Toyota Rangga ini diberikan pengubahsuaian khas untuk menyertai kejuaraan Thailand Super Pickup.

Reka Bentuk Yang Lebih Agresif

image is not availableimage is not available

Berbeza dengan versi pengeluaran, trak yang telah diubahsuai menjadi sebuah jentera berkuasa ini mempamerkan logo GR dengan kit badan yang lebih garang. Antara yang dapat dilihat dengan jelas ialah pemasangan liang ambilan udara hadapan yang lebih besar dan bonet yang direka dengan saluran udara.

image is not available

Hilux Champ tampil ranggi dengan bentuk badan yang lebih ‘berotot’ melalui pemasangan sambungan fender dan suspensi yang direndahkan dengan camber negatif. Dari belakang pula, trak lumba ini dipasangkan dengan spoiler GT dan diffuser yang besar. Ia juga dilengkapi dengan tayar dan rim khas untuk kegunaan di trek lumba.

Kabin Khas Untuk Perlumbaan

Ruang kabin Hilux Champ ini dikosongkan sepenuhnya dan dilengkapi dengan pelbagai aksesori lumba. Antaranya termasuklah tempat duduk bucket dan stereng Sparco, sangkar keselamatan yang dipasang terus pada kerangka jenis ladder-frame, tombol penukar gear sporty untuk sistem transmisi manual dan beberapa kelengkapan lain.

Prestasi Enjin Yang Dipertingkatkan

image is not available

Hilux Champ masih menggunakan enjin turbodiesel 2.4 liter 4 silinder yang sama seperti versi standard, tetapi diberikan talaan semula yang meningkatkan output asal 148 hp kepada angka yang tidak didedahkan. Antara naik taraf enjin termasuk sistem turbo baharu, intercooler lebih besar, sistem ekzos khas, serta susunan liang ambilan udara dan bahan api yang telah diubah suai.

Bersedia Untuk Beraksi Dalam Thailand Super Pickup Championship

image is not availableimage is not available

Dalam perlumbaan Thailand Super Pickup Championship, Hilux Champ GR mewakili pasukan Toyota Gazoo Racing Team Thailand, bersaing dengan trak pikap kabin tunggal (single-cab) lain seperti Mitsubishi Triton, Ford Ranger dan Isuzu D-Max. Kejohanan ini hanya membenarkan penyertaan trak pikap dengan kabin tunggal, pacuan roda belakang (RWD) dan enjin diesel.

image is not availableimage is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved