Trak TLDM Terbabas, Langgar 5 Kereta Awam Sebelum Terjunam Di Tebing Jalan

23 May 2025 • 8:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sebuah trak tiga tan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbabas sebelum melanggar lima buah kenderaan awam dalam kejadian di simpang tiga Resorts World, Langkawi, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu berlaku ketika trak yang membawa 27 penumpang termasuk pemandu itu dipercayai mengalami masalah teknikal semasa membelok ke kiri ke arah Resorts World dari Jalan Teluk Baru.

Siasatan awal mendapati kenderaan terbabit telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar lima buah kenderaan.

image is not available

“Akibat pelanggaran itu, trak berkenaan kemudian terjunam ke bawah tebing jalan. Susulan kejadian seramai 16 anggota lelaki TLDM telah dirujuk ke Hospital Sultanah Maliha Langkawi untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Seorang wanita yang menaiki salah sebuah kenderaan awam juga mengalami kecederaan ringan dan turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

Mujur, insiden itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved