Pengguna Bank Islam perlu menggunakan BIMB Secure bagi mengesahkan transaksi atas talian melibatkan kad debit, kad kredit dan pembayaran pada e-dagang bermula 15 Julai. Langkah yang harus dilaksanakan melalui aplikasi BIMB Mobile ini bertujuan menaiktaraf kualiti sekuriti perbankan dan melindungi pengguna daripada sebarang aktiviti penipuan atas talian.

Ciri pengesahan BIMB Secure akan menggantikan sistem pengesahan SMS OTP yang digunakan sebelum ini. Bank Islam menasihatkan pelanggan untuk memuat turun aplikasi BIMB Secure bagi mengaktifkan ciri BIMB Secure ini.
Dengan ini Bank Islam mempunyai ciri pengesahan yang sama seperti yang diberikan CIMB Octo dan MAE. Sejurus selepas transaksi dilakukan di atas talian, notifikasi akan diterima di telefon untuk mengesahkannya. Tekan notifikasi dan skrin dengan butang pengesahan akan terus dipaparkan.


