Transformasi bank digital perlu dipercepatkan, diberi laluan pantas: PM

2 Aug 2024 • 12:40 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

PETALING JAYA - Transformasi bank digital di Malaysia perlu dipercepatkan dan diberi laluan pantas supaya dapat bergerak maju dan tidak ketinggalan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Malaysia bukan antara yang terawal memperkenalkan bank digital di rantau ini dan agak ketinggalan dalam beberapa aspek. 

Anwar turut menekankan kerajaan, melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Digital memberikan sokongan supaya bank digital tidak lagi terhambat dan terhalang dengan peraturan dan proses yang lama. 

“Cabaran untuk GX Bank dan bank digital lain ialah melakukan perubahan itu dalam kadar yang lebih laju dan pesat.

“Saya yakin seluruh keluarga GX Bank ini akan menyahut cabaran ini dengan berani,” katanya pada Majlis Peluncuran Ibu Pejabat GXBank dan Pelancaran Pusat Kecemerlangan GXBank di sini hari ini. - 2 Ogos, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved