Transformasi Digital SK Bukit Rimau, tingkatkan produktiviti dan kemahiran penggunaan teknologi

20 Jul 2022 • 9:21 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Rimau, Shah Alam, Selangor telah melaksanakan Transformasi Digital yang merangkumi pengurusan murid, kelas dan guru.

Sistem dalam talian itu yang dimanfaatkan oleh warga sekolah itu terbukti dapat meningkatkan produktiviti dan secara tidak langsung melatih kemahiran murid ke arah Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21).

Selain itu, pandemik Covid-19 yang memaksa murid-murid menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) turut mempergiatkan lagi penggunaan sistem tersebut.

Antara ciri menarik yang terdapat dalam sistem ini adalah ePBD SKBR, Jana eRPH, eSahsia SKBR, ePencerapan dan Unit Kesihatan.

image is not available
Paparan muka sistem digital yang diguna pakai oleh SK Bukit Rimau.

Kesemua ciri ini dapat membantu guru-guru menjimatkan masa bagi mengakses data yang diperlukan dan seterusnya guru dapat memberi keutamaan kepada pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas.

Melihat dengan lebih dekat penyertaan SK Bukit Rimau bagi Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestar (ASSSB) ini, kejayaan pelaksanaan sistem Transformasi Digital juga diperkuatkan lagi dengan dua orang guru, Cikgu Narima Abdul Wahab dan Cikgu Badrul Hisyam Mohd Yusof.

Bagi Cikgu Narima, beliau telah dianugerahkan Anugerah Emas atas pencapaian cemerlang sebagai Penyelidik dalam Kolokium Kajian Tindakan Teknik 12 Langkah Peringkat Kebangsaan Secara Dalam Talian Tahun 2021.

Cikgu Badrul Hisyam pula berjaya mencipta kejayaan apabila dinobatkan Penggubah Lagu Tradisional Terbaik dan Pencipta Lirik Tradisional Terbaik sempena Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan Tahun 2019.

Dalam pada itu, kedua-dua guru ini pernah menjadi penerima Anugerah Emas dalam Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail Tahun 2021.

Penyertaan SK Bukit Rimau dalam ASSSB membuktikan segala usaha dan inisiatif yang diambil telah membantu murid-murid untuk menjalani proses PdP dengan sempurna.

Artikel berkaitan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok