Transformasi industri getah untuk tingkat harga jualan

3 Mar 2024 • 6:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerajaan perlu mengadakan nilai tambah dan transformasi dalam industri getah bagi memastikan harga komoditi itu lebih kompetetif, kata Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin.

Katanya, kejatuhan harga getah kepada sekitar RM2.80 ketika ini telah mengakibatkan ramai penoreh getah enggan untuk meneruskannya dan beralih kepada tanaman lain.

Ini mengakibatkan negara mengalami kerugian kira-kira RM2.3 bilion kesan daripada tiada output getah dihasilkan daripada ladang berkeluasan 425,000 hektar, katanya.

Menurutnya, masalah itu berpunca daripada harga getah yang dipengaruhi oleh orang tengah serta harga pasaran dunia yang sukar dikawal oleh kerajaan.

SPONSORED CONTENT Sabah blackouts a thing of the past with electricity power handover Kota Kinabalu: Blackouts or power outages, a regular feature in the Land below the Wind, could be a thing of the past with the federal government’s phased handover of regulatory power on Sabah’s electricity supply to the state government. Read more “Justeru Kerajaan perlu memberi tumpuan untuk memperkasa sektor industri pembuatan getah tempatan, khususnya dalam aspek pengeluaran tayar jenama tempatan, seperti yang dilakukan oleh kerajaan menerusi pelaksanaan dasar automotif negara yang telah berjaya menghasilkan Proton.

“Usaha perlu dilakukan bagi menghasilkan tayar jenama tempatan untuk memastikan berlakunya pencetus perubahan atau pun transformasi industri getah agar ia terus kekal berdaya saing di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahas Titah Ucapan Diraja pada Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada Khamis.

Menurut Riduan, mekanisme yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan ialah menerusi suntikan dana, atau pinjaman daripada pihak kerajaan kepada pengusaha industri dan pengeluaran produk berasaskan getah.

“Perkara ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan Thailand pada 2016 menerusi pinjaman berjumlah 15 bilion baht atau sekitar RM1.78 bilion berdasarkan kadar semasa pada waktu itu, kepada sektor pembuatan sarung tangan, tayar dan produk getah.

“Pinjaman ini diberikan dengan syarat pengusaha industri getah perlu menggunakan empat tan getah setiap tahun bagi satu juta bhat (RM119,000) dalam pinjaman mudah.

“Saya percaya inisiatif seperti ini mampu meningkatkan penggunaan getah domestik dan secara tidak langsung akan berupaya meningkatkan harga getah kepada kadar yang lebih kompetetif,” tegasnya.

Beliau bimbang sekiranya tiada tindakan diambil oleh kerajaan dengan kadar segera, ia akan mengakibatkan industri itu terkubur suatu hari nanti, kesan daripada tindakan pekebun getah yang beralih kepada tanaman lebih menguntungkan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.