Transsion Disiasat Kerana Didakwa Cuba Mengelak Cukai RM 14 Bilion Di Kenya

TechnologyDigital
27 May 2024 • 1:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minggu lalu kami laporkan Transsion Holdings kini ialah pengeluar dengan pegangan pasaran kedua terbesar di Asia Tenggara di belakang Samsung. Menerusi jenama Tecno dan Infinix, mereka menawarkan peranti yang amat mampu milik berbanding pesaing. Ini ialah strategi yang turut menjadikan mereka jenama telefon pintar nombor satu di benua Afrika.

image is not available

Tetapi menurut laporan Kenya Insights, Transsion Holdings kini disiasat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Kenya kerana didakwa cuba mengelak cukai berjumlah Sh400 bilion (~RM 14 bilion). Syarikat dikatakan tidak tersenarai sebagai antara pembayar cukai terbesar di Kenya walaupun ialah jenama telefon pintar nombor satu negara tersebut. Siasatan dimulakan selepas LHDN Kenya menerima maklumat Transsion Holdings hanya melakukan transaksi secara tunai.

Tuduhan mengelak cukai ini turut pernah dilaporkan di India melibatkan beberapa jenama besar daripada China menyebabkan beberapa eksekutif syarikat ditahan pihak berkuasa. Sehingga kini kes belum dibicarakan di mahkamah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved