"Trauma Kucing Tu Bang!" - Aaron Aziz Letak Ular Sawa Atas Sangkar Kucing

Entertainment
9 May 2023 • 12:37 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Rakyat Malaysia ni memang terkenal sebagai rakyat yang sangat penyayang baik pada manusia dan juga haiwan. Ada je insiden seksa haiwan tak kisah la apa jenis haiwan, mesti laju je yang bertindak dalam membantu atau melaporkan kepada pihak berwajib.

Baru-baru ini, viral dan hangat diperkatakan apabila selebriti Aaron Aziz melakukan sesuatu yang agak sukar diterima oleh netizen dan juga pencinta haiwan.

Tindakannya meletak seekor ular di atas sangkar yang berisi anak kucing buat netizen tak senang duduk. Ramai berpendapat tindakannya meninggalkan trauma terhadap anak-anak kucing tersebut. Bahkan, pendapat itu disokong oleh Persatuan Haiwan Malaysia.

image is not available

Harapnya selepas ini Aaron Aziz mahupun orang ramai lebih peka dalam menjaga haiwan peliharaan.