Trauma kunyah kentang belum hilang, tular video ‘sweet’ sedut air cara baru

LocalEntertainment
17 Jun 2023 • 2:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan gelagat seorang lelaki dan wanita dipercayai pasangan kekasih sedang menikmati kentang goreng bersama sos sehingga menarik perhatian ramai.

Apa yang membuatkan ramai ‘berbulu hati’ apabila lelaki berkenaan bertanya kepada wanita tersebut mengenai perasaan ‘cemburu’ sekiranya ada pihak lain menawarkan diri untuk menjaga dirinya.

Melihat kepada aksi ketawa mesra mereka sambil mengunyah kentang goreng telah membuatkan ramai geli lebih-lebih lagi kelakuan terbabit.

image is not available

Terbaharu, tular sebuah lagi video memaparkan pasangan dipercayai suami isteri sedang menikmati minuman Tealive.

Pada awalnya, perempuan berkenaan minum minuman tersebut terlebih dahulu sebelum lelaki tersebut memasukkan penyedut minumannya ke dalam mulut wanita. Dan, seterusnya air dalam bekas tersebut terus mengalir ke dalam mulutnya selepas disedut.

Sweetnya!

Perkongsian itu menerima pelbagai respons di kalangan warganet di mana masing-masing turut terhibur dengan aksi mereka berdua dengan mengakui ia sangat romantis dilakukan bersama.

Malah, mereka juga mendoakan agar pasangan tersebut kekal bahagia dan romantis bersama buat selamanya hingga ke ‘firdausi’.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

image is not available

Gelinya!!!

Tidak kurang juga, ramai menyelar dan ‘geli-geleman’ dengan aksi tersebut yang dikatakan kotor lebih-lebih lagi air tersebut masuk ke dalam mulut wanita itu terlebih dahulu sebelum disalurkan ke dalam mulutnya.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Trauma kunyah kentang tak habis lagi…

Bukan itu sahaja, ada yang menyatakan mereka masih belum dapat melupakan aksi mengunyah kentang goreng yang dilakukan oleh pasangan pempengaruh media sosial tempoh hari dan kini terpaksa menjadi saksi detik manis berkongsi minuman dalam keadaan ‘spesial’

image is not available image is not available image is not available