Travel With Larrie 2026 rai warisan dan kembara di Malaysia

16 Jul 2026 • 10:36 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Travel With Larrie 2026 rai warisan dan kembara di Malaysia

Jenama kasut terkemuka, Larrie, dengan bangganya mengumumkan kembali Peraduan Travel With Larrie 2026  Belanja dan Menang.

Menghargai pelanggan setia serta mempromosikan Malaysia sebagai destinasi percutian yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan keindahan alam semula jadi, Larrie sebagai rakan strategik rasmi untuk Tahun Melawat Malaysia 2026/27 menawarkan hadiah lumayan bernilai sehingga RM50,000, di mana para pemenang berpeluang membawa pulang hadiah percutian ke destinasi-destasi menarik di seluruh negara.

Image from: Travel With Larrie 2026 rai warisan dan kembara di Malaysia

Bagi menyertai peraduan ini, syarat yang dikenakan adalah sangat mudah iaitu pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM100 atau lebih dalam satu resit untuk melayakkan diri memenangi pelbagai hadiah menarik. Selain daripada tiga hadiah utama yang menanti, terdapat juga 24 hadiah bulanan yang disediakan untuk lapan pemenang setiap bulan, merangkumi penginapan di hotel mewah serta baucar produk Larrie.

Image from: Travel With Larrie 2026 rai warisan dan kembara di Malaysia

Tempoh peraduan ini berlangsung selama tiga bulan bermula dari 1 Julai hingga 30 September 2026, manakala pemenang utama bakal diumumkan pada acara kemuncak Grand Finale yang dijadualkan pada bulan Oktober 2026.

Sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran yang lebih luas, kempen Travel With Larrie 2026  bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dengan meneroka kepelbagaian destinasi menarik di Malaysia.

Image from: Travel With Larrie 2026 rai warisan dan kembara di Malaysia

Pihak Larrie turut menjemput rakan media, pengembara, dan pelanggan untuk mengambil bahagian secara aktif, berkongsi kisah perjalanan mereka, serta meraikan keindahan Malaysia di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Bagi menandakan permulaan kempen,pelancaran telah diadakan dengan penuh kemeriahan pada 30 Jun lalu di Center Court, LaLaport Bukit Bintang City Centre.

Acara tersebut dihadiri oleh wakil media, tetamu VIP serta pelanggan setia Larrie yang berpeluang melihat secara eksklusif butiran peraduan, aktiviti promosi, dan pelbagai kerjasama yang bakal diadakan.

Sempena pelancaran ini juga, pihak LaLaport turut menganjurkan LaLaport Fair yang menawarkan promosi eksklusif bagi semua jenama kasut di bawah Kumpulan Larrie.

Antara jenama yang mengambil bahagian termasuklah Larrie Men and Ladies, VKI Ladies, dan NYC Ladies yang menawarkan seleksi kasut sukan, sandal, kasut kasual, dan kasut tumit tinggi pada harga bermula dari RM69 sehingga RM200.

Selain itu, potongan harga menarik turut ditawarkan bagi jenama terkenal seperti Corrado dan Camel Active, di mana setiap koleksi yang ditampilkan direka khusus untuk mengutamakan keselesaan, gaya, dan semangat pengembaraan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved