Trek Cantik Tapi Bahaya, Perlu Persiapkan Diri Dari Segi Mental & Fizikal Sebelum Pilih Jalur Torean Daki Gunung Rinjani

Travel
8 May 2025 • 4:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, berita mengenai seorang pendaki dari Malaysia yang maut ketika mendaki Gunung Rinjani kerana terjatuh lebih 100 meter di laluan Torean sememangnya membuatkan ramai pihak terkejut.

Untuk info ramai, laluan Torean merupakan laluan yang sering kali dipilih oleh pendaki untuk menuju ke puncak tapi disebabkan berita ini, sedikit sebanyak menyebabkan mereka berasa bimbang.

Faktor-faktor jalur Torean

Biarpun laluan tersebut mempunyai permandangan yang indah, tetapi ia mempunyai kesukaran tersendiri dan terdapat beberapa faktor mengenai jalur Torean dikongsikan oleh Green Rinjani, antaranya jalur pendakian dari Danau Segara Anak ke Sungai Torean menuju Desa Torean berisiko kerana mempunyai lereng yang berpasir.

image is not available

Selain itu, tahap kesukaran bermula daripada sederhana kepada mencabar dan mempunyai laluan curam di bahagian tertentu.

Perlu ‘prepare’ diri dari segi fizikal dan mental

Tambahan lagi, laluan berkenaan juga kurang dilalui jika hendak dibandingkan dengan dua laluan utama yang lain iaitu Sembalun dan Senaru.

image is not available

Susulan itu, laluan tersebut sememangnya memerlukan pendaki mempersiapkan diri sepenuhnya, sama ada dari segi fizikal, mahupun mental.

image is not available 5 days ago

Abang Ipar Riezman Khuzaimi Maut Di Gunung Rinjani, Usaha Bawa Turun Jenazah Masih Berjalan