Treler Bawa Muatan Kereta Kebal Terbabas Di Lebuhraya KL-Karak

LocalCars
7 Nov 2024 • 8:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Treler Bawa Muatan Kereta Kebal Terbalik Di Lebuhraya KL-Karak

KARAK — Sebuah treler milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa muatan kereta kebal dilaporkan terbabas di Kilometer (KM) 35.2 arah Barat dari Genting Sempah ke Gombak.

Perkara itu dimaklumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu hantaran di platform X (Twitter).

Difahamkan, kemalangan berkenaan berlaku sekitar jam 4.48 petang tadi di lokasi kejadian.

Sehingga jam 6.10 petang tadi, LLM melaporkan masih berlaku kesesakan di laluan berkenaan namun aliran trafik terkawal.

“Status terkini: Lorong kanan arah Barat dan lorong kanan arah timur masih terhalang (crossbound). Trafik sesak tetapi terkawal,” maklum LLM dalam hantaran tersebut.

Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

https://x.com/llmtrafik/status/1854446618051047787

Info lanjut menyusul.