Treler Dikongsi Berbeza Daripada Yang Dihantar Untuk Penapisan - LPF

Movie
20 Jan 2023 • 12:50 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
LPF menyangkal dakwaan yang mengatakan Pulau ialah filem porno seperti yang digembar-gemburkan. - Gambar fail

Setelah kontroversi filem Pulau semakin hangat diperdebat, Lembaga Penapisan Filem (LPF) akhirnya membuka mulut dengan mendedahkan kandungan treler yang dikongsikan di media sosial adalah berbeza dengan kandungan yang dikemukakan untuk penapisan. 

Dalam sebuah kenyataan akhbar, LPF menjelaskan hanya mempunyai kuasa untuk menapis filem dan bahan publisiti filem yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan dan dipancarkan secara fizikal kepada masyarakat umum di Malaysia kecuali melalui internet seperti yang termaktub dalam Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620).

Namun begitu, treler Pulau yang ditayangkan secara dalam talian melalui platform internet adalah di luar bidang kuasa LPF.

Bukan itu sahaja, LPF turut menyangkal dakwaan yang mengatakan Pulau ialah filem porno seperti yang digembar-gemburkan. Filem arahan Euho itu adalah filem seram yang sudah melalui penapisan. 

LPF bagaimanapun menghargai pandangan dan maklum balas yang diterima dan setiasa peka terhadap tatasusila serta sosiobudaya masyarakat Malaysia. 

image is not available
Fred Chong - Gambar oleh Wafa Aula

Terdahulu, penerbit filem Pulau, Fred Chong mengeluarkan kenyataan mengatakan segala bahan promosi filem seperti treler, poster, malah filem Pulau sendiri telah melalui proses pemerhatian lanjut daripada pihak Lembaga Penapisan Filem termasuk senarai wajib tayang daripada FINAS.

Semua babak yang sepatutnya dipotong telah pun dipatuhi daripada pihak kami. Kami menghormati keputusan dan yakin kepada ketelusan proses pihak LPF.

Filem Pulau menerima kritikan apabila didakwa terdapat babak bikini dan elemen ‘soft porn’ di dalam filem tersebut

Pulau arahan Euho dijayakan ramai  pelakon popular seperti Alif Satar, Amelia Henderson, Namron, Ikmal Amry, Sabronzo, Mark O’dea, Sanjna Suri, Miss Pui Yi dan ramai lagi. - Getaran, 20 Januari 2023