
Filem Spider-Man: Brand New Day akan ke layar perak dalam masa beberapa bulan sahaja lagi dan semalam treler pertamanya telah dilancarkan. Dalam tempoh 8 jam ia mencatatkan 373 juta tontonan, mengatasi rekod Deadpool & Wolverine (365 juta) selepas 24 jam dilancarkan.
Selepas 24 jam, treler Spider-Man: Brand New Day sudah ditonton 718.6 juta kali sekaligus mengalahkan treler GTA VI dengan 475 juta tontonan dalam tempoh masa yang sama. Dengan ini treler Spider-Man: Brand New Day menjadi treler dengan tontonan tertinggi dalam sejarah.
Sungguhpun begitu, tontonan lebih 700 juta ini bukan untuk satu video sebaliknya tontonan terkumpul semua treler yang dimuat naik ke YouTube, TikTok, X, Facebook dan pelbagai platform media sosial sejak semalam. Spider-Man: Brand New Day akan ditayangkan di panggung pada 31 Julai depan.
