

Lagi kejadian treler rempuh kereta!
Kali ini, kejadian membabitkan sebuah treler yang membawa bata, merempuh enam kereta di satu persimpangan lampu isyarat Sri Medan, Batu Pahat, Johor, semalam.
Kejadian itu berlaku kerana treler itu dipercayai hilang kawalan akibat masalah brek.
Treler berkenaan merempuh dua penunggang motosikal dan sebuah kereta di lampu isyarat sebelum merempuh beberapa kenderaan lain.
Kejadian itu kini tular di media sosial.


