Treler terbabas, dedak jagung banjiri lebuh raya

14 Dec 2022 • 2:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laluan KM 180 LPT1 arah barat ditutupi tumpahan dedak jagung selepas treler membawa muatan itu terbabas dalam kejadian awal pagi Rabu. - Foto FB Lebuhraya Pantai Timur

image is not available
Pengurusan trafik secara 'Stop & Go' arah Kuala Lumpur diaktifkan untuk kerja-kerja pembersihan. - Foto FB Lebuhraya Pantai Timur

MARAN - Sebuah treler terbabas melanggar besi penghadang jalan menyebabkan muatan dedak jagung yang dibawa tumpah menutupi laluan di Kilometer 180 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Kuantan di sini pada awal pagi Rabu.

Berdasarkan info Facebook Lebuhraya Pantai Timur, laporan berhubung kejadian muatan tertumpah di laluan arah Kuala Lumpur diterima pada jam 5.41 pagi yang menyebabkan kesemua lorong ditutup.

Susulan kemalangan itu, pengurusan trafik secara 'Stop & Go' arah Kuala Lumpur diaktifkan untuk kerja-kerja pembersihan di lokasi.