Treler Terhumban Dalam Laut, Mujur Pemandu Selamat

LocalEnvironment
25 Jul 2025 • 3:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sebuah treler dengan muatan bahan kimia terhumban ke laut dalam kemalangan di jambatan Linkedua, Lebuhraya Plus, dari Singapura ke Johor, semalam.

Mujur, kedua-dua pemandu treler berkenaan terselamat. Sebelum kejadian, treler membawa muatan bahan kimia itu dilaporkan sedang berhenti di bahagian kiri jalan akibat kerosakan tayar sebelum dilanggar treler lain.

image is not available

Hasil siasatan awal mendapati, terdapat treler yang membawa muatan ISOtank (kontena ISO) meletakkan kenderaan di bahagian kiri jalan kerana mengalami kerosakan di bahagian tayar.

Sebuah lagi treler dari arah belakang melanggar bahagian belakang sebelah kanan sehingga menyebabkan treler terbabas dan kontena ISO yang dibawa terjatuh ke dalam laut.

Tangki kontena ISO atau lebih dikenali sebagai ISO tank ialah kontena khas yang dibina mengikut piawaian antarabangsa (ISO) untuk mengangkut cecair dan gas secara pukal.

image is not available

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Mohd Faiz Suleiman berkata, muatan bahan kimia Propylene Glycoltreler didapati telah jatuh ke dalam laut dari atas jambatan, manakala muatan bahan kimia satu lagi tidak mengalami kebocoran.

“Setibanya pasukan keluaran operasi di tempat kejadian mendapati berlaku kemalangan dua treler yang mana satunya membawa muatan bahan kimia jenis Propylene Glycol, manakala satu lagi dengan muatan bahan kimia Sodium Hypochlorite.

"Malah, tangki muatan bahan kimia yang jatuh ke dalam laut juga dipercayai tidak mengalami kebocoran daripada pengamatan kehadiran buih mahu pun kesan minyak di atas permukaan air laut," katanya.

Terdahulu, tular video dirakam pengguna jalan raya yang memaparkan keadaan lokasi kejadian selepas berlakunya insiden berkenaan.