Menurut perancangan asal, permainan video konsol pertama melibatkan watak Upin & Ipin sepatutnya dilancarkan September tahun lalu. Tetapi September berlaku dan kita kini di penghujung Februari. Hari ini akhirnya treler acah untuk Upin & Ipin Universe telah diterbitkan menerusi saluran YouTube rasmi.
Treler sependek 19 saat ini sekadar menunjukkan watak Upin dan Ipin berlari ke rumah serta Tuk Dalang serta Kak Ros. Ia sekadar mengatakan permainan akan tiba dalam masa terdekat tanpa tarikh pelancaran baharu. Menurut perancangan asal, Upin & Ipin Universe akan hadir ke konsol Nintendo Switch dan PlayStation 4 dengan permainan dibangunkan oleh Streamline Studios dengan kos sekitar RM15 juta.
Apakah corak permainan yang akan ditawarkan masih lagi misteri setakat in kerana perkongsian maklumat yang amat terhad daripada Les Copaque serta Streamline. Yang pasti ramai menantikan permainan konsol pertama menggunakan IP tempatan ini dilancarkan.
Sebelum ini Upin & Ipin hanya ditawarkan dalam bentuk permua Upin & Ipin KipiBlock, Upin & Ipin Dash dan Upin & Ipin Metrobot untuk peranti Android serta iOS.
