Tren 200 kilometer sejam berlanggar, 68 terkorban

29 Oct 2026 • 9:09 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tren 200 kilometer sejam berlanggar, 68 terkorban

MADRID – Kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta api berkelajuan tinggi di selatan Madrid semalam mengorbankan 68 orang dan mencederakan ramai lagi,  kata pihak berkuasa, dalam salah satu bencana terburuk di Eropah abad ini.

Kemalangan itu adalah yang kedua seumpama melanda Sepanyol pada 2026 dan  menimbulkan persoalan baharu mengenai tahap keselamatan kereta apinya.

Pemimpin rantau Castilla-La Mancha, Emiliano Garcia-Page memberitahu wartawan di tempat kejadian bahawa 68 orang terkorban.

“Kami tidak tahu sama ada mayat lain mungkin ditemui apabila gerabak dialihkan,”  katanya.

Seorang jurucakap kerajaan Castilla-La Mancha memberitahu, lebih 100 orang cedera dengan 15 daripada mereka  kritikal.

Penumpang kereta api dikenali sebagai Pablo Mejia, 42, memberitahu AFP bahawa dia terselamat dengan kecederaan di kepala selepas menukar tempat duduknya.

Pengendali kereta api Sepanyol, Renfe mengesahkan  laluan utama tren kelajuan tinggi dari Madrid ke selatan Sepanyol  itu digantung selepas salah satu perkhidmatannya terlibat dalam kemalangan dengan kereta api milik syarikat swasta Iryo.

Menteri Pengangkutan Oscar Puente berkata, nahas berlaku selepas sebuah kereta api memulakan semula perjalanannya walaupun terdapat arahan supaya semua perkhidmatan di laluan sepanjang 69 kilometer itu dihentikan berikutan kegagalan teknikal sistem kawalan automatik.

“Keputusan meneruskan semula perjalanan sementara sistem dipulihkan adalah tidak boleh diterima,” kata Puente.

Kereta api Renfe memulakan semula perjalanan dan bergerak sejauh 25 kilometer sehingga  bertembung dengan Iryo yang pegun, pada kelajuan mencecah 200 kilometer sejam, tambahnya. – AFP 

The post Tren 200 kilometer sejam berlanggar, 68 terkorban appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved