Trend pasaran melonjak ketika pengumuman #PM10

Business & Finance
24 Nov 2022 • 5:23 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KUALA LUMPUR:Ringgit semakin kukuh, pasaran semakin naik,” itu yang dilontarkan oleh rata-rata penganalisis pasaran saham tempatan dan perkongsian pendapat mereka menjadi perkongsian netizen di semua platform media sosial.

Ini selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi perkenan oleh KDYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, menurut kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan jam 2 petang tadi.

Bursa Malaysia sebelum itu mengakhiri sesi pagi Khamis dengan kukuh, dengan indeks utama meningkat 2.01% berikutan momentum belian yang berterusan dalam persekitaran sentimen pasaran yang lebih baik di peringkat tempatan dan luaran.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 28.94 mata kepada 1,471.44 daripada 1,443.5 pada berbanding Rabu.

Saham pandu pasaran dibuka tinggi 7.18 mata kepada 1,450.68.

Firma pembrokeran Malacca Securities Sdn Bhd percaya bahawa pasaran mungkin berubah menjadi lebih positif selepas Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengumumkan sokongannya kepada kerajaan perpaduan, memastikan kestabilan negara.


image is not available

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved