Trend tambah tinggi guna ubat kanser

Health & Fitness
14 Nov 2026 • 10:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Trend tambah tinggi guna ubat kanser

NEW YORK: Trend ‘heightmaxxing’ dalam kalangan remaja lelaki yang mengambil ubat kanser bagi meningkatkan ketinggian badan mencetuskan kebimbangan pakar kesihatan.

Trend itu menyaksikan remaja mengambil erdafitinib, ubat yang digunakan untuk merawat jenis kanser pundi kencing tertentu, selepas mendakwa ia mampu membantu meningkatkan ketinggian.

Ubat yang turut dikenali sebagai ‘ERDA’ atau ‘Erta’ itu dilaporkan dibeli oleh remaja selepas mereka membaca perkongsian dalam talian mengenai kesan peningkatan ketinggian yang dikaitkan dengannya.

Doktor bagaimanapun memberi amaran supaya golongan muda tidak mengambil ubat berkenaan kerana ia berisiko menyebabkan komplikasi kesihatan jangka panjang, selain belum terbukti mampu menjadikan seseorang lebih tinggi.

Pakar perubatan kecemasan di New York, Dr Stephanie Widmer, berkata tindakan remaja mencuba ubat kanser semata-mata untuk menambah ketinggian amat membimbangkan.

Beliau berkata, ubat berkenaan dibangunkan khusus untuk merawat penyakit serius dan bukannya bagi mengubah penampilan fizikal.

“Pengambilan ubat itu tanpa keperluan perubatan yang sah atau pemantauan doktor boleh membawa kesan buruk yang serius,” katanya kepada Fox News Digital.

Doktor turut memberi amaran pengambilan erdafitinib boleh merosakkan plat pertumbuhan tulang, selain meningkatkan risiko patah tulang, kesakitan dan kerosakan organ.

Erdafitinib yang dipasarkan di bawah jenama Balversa diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) untuk merawat jenis kanser pundi kencing tertentu yang sudah berada pada tahap lanjut.

Bagaimanapun, kajian terdahulu mencadangkan ubat berkenaan mungkin turut mempercepatkan pertumbuhan tulang dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, sekali gus berpotensi meningkatkan ketinggian mereka. Namun, dapatan kajian itu dipertikaikan oleh beberapa saintis.- AGENSI

The post Trend tambah tinggi guna ubat kanser appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved