Trik Letakkan Iphone Yang Masuk Air Dalam Beras Tak Berkesan Dakwa Apple!

Digital
22 Feb 2024 • 4:54 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Rasanya ramai pernah buat satu trik khas apabila telefon bimbit anda dimasuki air. Perkara pertama yang kita cari adalah beras! Kononnya setelah "merendamkan" di dalam beras mampu mengeringkan fon tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos untuk hantar ke kedai baiki telefon.

image is not available

Namun, khusus buat pengguna iPhone, Apple telah memaklumkan bahawa para pengguna supaya tidak mengeringkan telefon mereka dengan beras, kerana zarah-zarah bijirin boleh menyebabkan kerosakan kepada peranti.

image is not available

Panduan terbaru mereka menyatakan bahawa pengguna akan menerima amaran pengesanan cecair dan mereka tidak akan dapat mengecas peranti atau menghubungkannya ke komputer sehingga ia kering. Apple berkata pengguna sepatutnya mengetuk perlahan-lahan untuk mengeluarkan sebarang cecair, dengan penunjuk telefon menghadap ke bawah, kemudian biarkan ia mengering.

Syarikat juga menasihati agar mengelakkan mengeringkan telefon basah dengan menggunakan sumber haba luaran atau udara bertekanan serta untuk tidak memasukkan objek asing ke dalam penunjuk.