Trio kapten Harimau Malaya

18 Sep 2022 • 12:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Safawi (tengah), Cools (kanan) dan Shafiq membentuk trio kapten skuad Harimau Malaya menghadapi Piala Raja Thailand edisi ke-48 di Ching Mai minggu depan. - Foto Facebook FAM

KETUA jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon melantik pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid sebagai salah seorang daripada tiga kapten skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Piala Raja Thailand edisi ke-48 minggu depan.

Dua lagi nama yang turut tersenarai sebagai ketua pasukan ialah penyerang sensasi, Syafiq Ahmad dan pemain kelab FK Jablonec, Dion Cools selepas memainkan peranan cukup penting buat skuad Harimau Malaya sejak mewakili negara pada tahun lalu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan, Syafiq dan Dion sebelum ini bersama-sama penjaga gol, Farizal Marlias dan Safiq Rahim merupakan empat kapten Harimau Malaya ketika kempen Kelayakan Piala Asia 2023, Jun lalu.

Ketiadaan Farizal dan Safiq bagi kem latihan pusat kali ini, Safawi telah dinamakan sebagai pengganti untuk membentuk gandingan tiga kapten Harimau Malaya untuk ke Chiang Mai.

Skuad Harimau Malaya bakal berdepan Thailand pada aksi pertama di Stadium Chiang Mai pada 22 September ini.

Satu lagi perlawanan menyaksikan skuad Trinidad & Tobago berdepan Tajikistan di venue dan tarikh yang sama.

Jika berjaya menewaskan Thailand, skuad negara bakal mara ke pentas final dan sekiranya tewas, skuad negara bakal beraksi bagi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved